Sunday, 29 July 2012
Aku kah yag perlu dipersalahkan?
di mana tempatku mengadu selain ALLAH..kenapa aku perlu di uji dengan pelbagai cabaran,,dengan kerja,keluarga,kehidupan sekeliling,aku pun ada hati,ada perkataan untuk di tujukan,semuanya berfikir tentang keuntungan diriku,,apa yg telah aku lakukan sehingga di pertikaikan? aku sedar lahirku tiada kasih yg asal dari ayah & emak..tetapi darahnya mengaliir dalam diriku...kenapa katakan kepadaku kehilangannya tidak berat bagiku..aku dari kecil tiada kasih,,menumpang kasih insan lain yang bergelar abah & ibu..kenapa aku perlu di soalkan dgn soalan yang hanya menguris hatiku,,aku sedar apa yang aku lakukan ada pembelaan untuk diriku,,peliharalah ALLAH..maka ALLAH akan pelihara kita,,tuhan maha adil..jauh di sudut hati aku sendirian..hanya kasih yang ESA..moga engkau kabulkan doa2ku,,bukakan pintu hati keluargaku untuk taat kepada perintahmu,menyayangimu,mencintaimu,,aku ini insan yang sangat lemah untuk membimbing keluargaku..engkau titipkan kesedaran di hati mereka.Amin Ya Rabbal Alamin..terima kasih kepada ibu & abah yang tidak pernah jemu memberi kasih dan sayang pada akak..setiap langkahku akan mengingati insan2 yang ku sayang.
Thursday, 7 June 2012
KETIKA DIRI TIDAK DIHARGAI
Kehidupan ini sentiasa diuji, bukan untuk disakiti atau bukan untuk membanggakan diri. Keadaan hidup ini tidak semudah pengiraan akal kerana percaturan hidup kita berada dalam gengaman tuhan. Inilah putaran perjuangan yang tidak pernah henti dan tetap akan ditempuhi oleh setiap insan. Hidup ini hanya sementara, segala yang di kecapi akan ditinggalkan.Pada usia yang semakin tersisa dan baki yang masih ada, maka jangan persia-siakan hidup ini.
Tidak semua manusia mampu menghadapi tekanan apabila diri dihimpit resah taktala terasa diri semacam tidak dihargai lagi. Sungguh betapa sukar untuk menerima hakikat ini hingga ada yang kecewa, sengsara dan derita. Memikirkan diri tidak dihargai lagi bukan sahaja gerak langkah yang kita aturkan semakin sumbang dan tak bermaya bahkan ia akan membunuh semangat diri kita. Hidup akan jadi tidak berkeyakinan lalu sampai bila? bukankah hidup ini terlalu singkat, demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan. Ruginya hidup kita bila terlalu banyak bermainan dengan perasaan, alpa serta khayal memikirkan sesuatu yang tidak mendatangkan hasil. Ramai manusia bila kecewa atau sengsara akan membawa hati yang lara terlalu jauh dari kehidupan ini. Duduk di dalam dunia ciptaan sendiri walhal dunia itu hanya dunia angan-angan yang tidak wujud!. Apa keberhasilan yang kita perolehi disebalik semua itu? sedangkan alam yang diciptakan oleh Allah Ta’aala terlalu banyak nikmatnya untuk dinikmati. Tidak semestinya makan itu nikmat, minum itu nikmat, bercinta itu nikmat, kahwin itu nikmat, keluarga itu nikmat bahkan seluruh isi alam ini terlalu penuh dengan kenikmatan yang tidak mampu kita hitung!. Jadi, mengapa rasa diri tidak dihargai...cuba renung dalam diri kita. Apakah kita tidak sadar bahawa kita punyai harga diri? Kita punyai kelebihan dalam diri kita, keunikan yang tidak mungkin ada pada orang lain.
Hari ini jika kita rasa kecewa dan menderita, padamkan-lah dalam kamus diri kita. Hargailah diri kita, tidak mengapa jika orang disekeliling kita atau orang yang kita sayangi tidak menghargai kita asalkan kita sendiri punyai harga diri. Pasakkan dalam hati kita, keyakinan dan pohonlah hidayah dari Allah, semoga terlimpah dalam jiwa. Mudah-mudahan bila kita membuka mata nanti, kita tidak akan lagi nampak keresahan, kekecewaan sebaliknya kekuatan, kesungguhan kita melangkah alam ini dengan penuh bertenaga. Ingat dunia ini tidak akan berubah tetapi mata hati kita yang mulai berubah. Pandanglah ke hadapan bahawa kita punyai matlamat yang lebih penting lagi untuk kita tempuhi. Kembara hidup kita masih lagi jauh, jauh bukan bererti alam ini atau kita hidup ke penghujung usia. Tetapi alam seterusnya masih ada dan masih belum kita lalui. Dunia ini jambatan akhirat maka persiapkanlah diri dan janganlah terlalu lama memandang hal-hal yang remeh dalam kehidupan ini. Gunakan segala setiap ruang dan kesempatan hidup kita serta manfaatkan usia yang Allah kurniakan untuk kita berbakti dan menabur jasa di alam ini. Jangan mengharapkan balasan tetapi ikhlaslah dalam perjuangan hidup ini. Masa tetap akan berjalan dan begitu pantas sekali hingga kita tidak mampu memintas masa yang cepat berlari. Maka kejarlah kehidupan ini dengan matlamat yang jelas, teladan yang baik pedoman yang lengkap dan jalan serta perjuangan yang mantap!. Gunakanlah kesempatan ini selagi mana Allah tentukan buat kita sebelum kesempatan ini tertutup. Seorang ulama pernah berkata ‘ Setiap inci tanah di muka bumi ini ialah tempat yang subur untuk menanam benih syurga’.
Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari pelbagai masalah hidup. Tidak mengapa merasa derita atau kecewa kerana ia akan memberi pengajaran dalam hidup kita bahawa tidak ada tempat yang dapat mengubat segala penderitaan ini melainkan kepada Allah segala penawarnya.
i love u DAD (^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)