Tuesday, 22 November 2011

Buat Kenagan (*_~)





sebab-sebab perlunya simpan gambar2 ni..mugkin...nanti lah ckp..cuma yg menyedihkan semua gmbr dalam memory card phone dh ilang gara-gara virus..ape boleh buat..nasib badan...simpan lah sikit-sikit dalam blog ni..boring2 blh nengok muka mereka yang comel & ceria ni(^_^)(>_<)(^_~)

Saturday, 19 November 2011

Umpama Bidadari

"wahai orang yang memanggil dan mencari si Bidadari
agar dapat bercumbu dengannya di taman-taman syurgawi
andai kau tahu siapa yang kau seru
tentu kau tidak akan diam saja membisu
andaikan kau tahu di mana dia berada
kau kan berusaha dengan sekuat tenaga
segeralah dan tapaki jalan menuju ke sana
kerana jalan yang kau tempuh tak lama kan tiba
bercintalah dan berbicaralah di dalam kalbu
persiapkan mas kahwin selagi kau mampu untuk itu
jadikan puasamu sebagai bekal untuk pertemuan
malam pertama adalah malam Fitri seusai Ramadhan
harapkan keindahan dan kecantikannya yang memikat
hampirilah sang kekasih dan jangan kau terlambat
wahai orang yang Berthawaf di Ka'abah yang mulia
yang dikelilingi bebatuan dan sendi-sendinya
yang berlari-lari kecil di sekitar Shafa
setiap saat meniti jalan Sa'ie yang dilaluinya
dari jauh mereka melihat Khemah dan Tenda
tampak jelas kerana sinar dan cahayanya
hampirilah Khemah-Khemah itu dan tinggallah di sana
di dalamnya ada rembulan tanpa ada kekurangannya
Bidadari-Bidadari yang cantik jelita
mencari pemuda-pemuda yang menjadi kekasihnya
pandangan matanya indah menawan
pandangan yang menjanjikan ketenteraman
manegapa dia harus memandang Bidadari
maha suci yang menciptakan kecantikan sejati
dia meminum dari gelas-gelas kecnatikannya
seperti orang yang minum kerana dahaga
akhlak dan kecantikannya tak ada tandingan
seperti bulan setelah tanggal delapan
matahari berjalan di wajahnya yang menawan
malam pun tunduk di bawah dedahanan 
di tempat itulah dia berdecak kagum
bagaimana malam dan matahari bisa terangkum
maha suci Allah dengan segala ciptaan manusia
malam tiada mendahului matahari
hingga datang pagi yang dini
matahari datang bukan untuk mengusir malam
tetapi untuk bergandingan sebagai kawan
keduanya adalah cermin bagi memandang
siapa yang ingin melihat wajah akan terlihat terang
dia bisa melihat keelokan wajah di wajahnya
melihat keelokanya tampak jelas di depan mata
pipinya kemerah-merahan buah dadanya padat menarik
metanya lebar dan hitam serta berbulu lentik
kilat menyambar tatkala dia tersenyum ceria
menyinari atap istana dan dinding-dindingnya"


Ya Allah..seronoknya jika terpilih di kalangan manusia menjadi bidadari..he.he..moga amalku diterima dunia & akhirat..Lov U Allah(^_~)

Saturday, 12 November 2011

Doa Untuk Yang Bercinta (^^)

Doa untuk yang bercinta, siapa-siapa yang tengah bercinta atau baru nak bercinta atau tengah tunang, amal-amalkanlah doa nih…
Bingkisan Doa.
Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Thursday, 10 November 2011

Sebaik-baik Isteri

1. KETIKA MENCARI CALON 
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA 
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM 
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI 
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH 
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS 

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Wednesday, 9 November 2011

Moga Tergolong Salah Satu Kenyataanya

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Monday, 7 November 2011

Ketentuan ilahi

Alhamdulillah,,akhirnya saya buat keputusan,saya memerlukan penghijrahan,ya allah jika betul cara penghijrahanku engkau lindungi diriku dgn belasmu,jika berlaku perubahannya,,engkau mengetahui apa yang aku rasakan dan mahukan,mencintaimu lebih bermakna,engkau titipkan hati2 orang yang ku sayang dengan cahaya keimananmu,engkau lindungi mereka juga seperti engkau melindungi diriku,hutang dunia perlu dibayar,hutang budi dibawa mati,saya perlu ubah sikap ke arah pembaharuan diri,,yg terlibat untuk membantu beri sokongan untuk saya,Insyallah Allah akan membalasnya di hari lain kelak,berikan petunjukmu Ya Allah,,Aku telah penat melaluinya,makbulkan doa2ku dan doa2 orang kesayanganku,ayah,,akk syg ayh,,akk akn lakukan apa yg ptt untuk diri akk,tolong mempercayainya.tujuan kehidupanku adalah dirimu "AYAH"